Nama     : Affifah Syahinda bin Shaharuddin 

Umur      : 12 Tahun

Ahli         : 2017

Latar belakang

Affifah Syahinda Shaharuddin merupakan pelajar tahun 6 di sekolah Kebangsaan Bukit Kepong, Muar. Beliau merupakan anak ke-5 dari 6 adik beradik dan merupakan generasi masa kini yang terdedah dengan perkembangan teknologi ICT . Tidak dinafikan bahawa perkembangan dunia ICT masa kini banyak membantu generasi kanak-kanak dalam pelbagai aspek terutama di dalam pendidikan mahupun sosial. Justeru perkembangan dunia ICT ini dimanfaatkan oleh Affifah Syahindah terutamanya dalam pencarian maklumat-maklumat yang diperlukan dalam sesuatu tugasan persekolahannya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum penglibatan beliau dalam NADI,  beliau menyatakan amat sukar untuk mencari bahan rujukan, dan kurang mahir dalam komputer dan ICT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Melalui penglibatan Affifah Syahinda  dalam program dan aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)  Kg Raja Bukit Kepong, beliau dilihat semakin aktif dan berkeyakinan dalam penggunaan peralatan ICT. Kemudahan yang tersedia di NADI juga tidak disia-siakan dan dimanfaatkan sepenuhnya demi pengembangan dan pembangunan diri beliau. Dengan bantuan dan dorongan dari petugas NADI Kg Raja, adik Affifah Syahinda kini mampu memperolehi sesuatu informasi yang diperlukan dengan hanya menggunakan kemudahan yang disediakan selain kelas-kelas yang disertai yang mana menjadikan beliau seorang yang berketerampilan dan berkeyakinan tinggi di dalam dunia ICT.Beliau juga aktif dalam aktiviti sekolah, dan mahir berkomunikasi. Beliau juga diberi kepercyaan oleh pihak sekolah untuk menjadi penolong ketua pelajar bagi sesi 2023/2024. Adik Affifah Syahinda juga telah menyertai pertandingan FINCO 2022, dan johan hafazan peringkat daerah Muar 2023. Beliau juga aktif dalam aktiviti sukan seperti bola jaring dan taekwando.

 

AFFIFAH