Nama : Muhammad Alif Haikal bin Mohd Jokhairi
Umur : 16 Tahun
Ahli : 2017
Latar belakang
Muhammad Alif Haikal Bin Mohd Jokhairi merupakan pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah Kebangsaan Felcra Bukit Kepong, Muar. Beliau merupakan anak sulong dari 2 adik beradik dan merupakan generasi masa kini yang terdedah dengan perkembangan teknologi ICT . Tidak dinafikan bahawa perkembangan dunia ICT masa kini banyak membantu generasi remaja dalam pelbagai aspek terutama di dalam pendidikan mahupun sosial. Justeru perkembangan dunia ICT ini dimanfaatkan oleh Muhammad Alif Haikal terutamanya dalam pembelajaran melalui online atau internet.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum penglibatan dan penggunaan ICT Muhammad Alif Haikal tidak mahir menggunakan komputer. Dan kurang kemahiran dari segi komunikasi serta tidak mahir untuk memanfaatkan internet dalam pembelajaran seharian.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Melalui penglibatan Muhammad Alif Haikal dalam program dan aktiviti yang dianjurkan oleh NADI Kg Raja Bukit Kepong, beliau dilihat semakin aktif dan berkeyakinan dalam penggunaan peralatan ICT. Kemudahan yang tersedia di NADI juga tidak disia-siakan dan dimanfaatkan sepenuhnya demi pengembangan dan pembangunan diri beliau. Dengan bantuan dan dorongan dari petugas NADI Kg Raja, Muhammad Alif Haikal kini mampu memperolehi sesuatu informasi yang diperlukan dengan hanya menggunakan kemudahan yang disediakan selain kelas-kelas yang disertai yang mana menjadikan beliau seorang yang berketerampilan dan berkeyakinan tinggi di dalam dunia ICT.Beliau dilantik menjadi pengawas pusat sumber sekolah. Beliau juga telah menyertai kejohanan memanah lelaki 15 tahun MSSD Muar 2023.