Nama : Nur Fariha Damia Binti Muhamad Fadli
Umur : 11 Tahun
Ahli : 2018
Latar belakang
Nur Fariha Damia Binti Muhamad Fadli merupakan pelajar tahun 5 Sekolah Kebangsaan Bukit Kepong, Muar. Beliau merupakan anak sulong dari 3 adik beradik dan merupakan generasi masa kini yang terdedah dengan perkembangan teknologi ICT . Tidak dinafikan bahawa perkembangan dunia ICT masa kini banyak membantu generasi kanak-kanak dalam pelbagai aspek terutama di dalam pendidikan mahupun sosial. Justeru perkembangan dunia ICT ini dimanfaatkan oleh Nur Fariha Damia terutamanya dalam pembelajaran melalui online atau internet.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum penglibatan dan penggunaan ICT adik Nur Fariha Damia tidak mahir menggunakan komputer. Dan kurang kemahiran dari segi komunikasi.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Melalui penglibatan Nur Fariha Damia dalam program dan aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Raja Bukit Kepong, beliau dilihat semakin aktif dan berkeyakinan dalam penggunaan peralatan ICT. Kemudahan yang tersedia di PEDi juga tidak disia-siakan dan dimanfaatkan sepenuhnya demi pengembangan dan pembangunan diri beliau. Dengan bantuan dan dorongan dari petugas PEDi Kg Raja, adik Nur Fariha Damia kini mampu memperolehi sesuatu informasi yang diperlukan dengan hanya menggunakan kemudahan yang disediakan selain kelas-kelas yang disertai yang mana menjadikan beliau seorang yang berketerampilan dan berkeyakinan tinggi di dalam dunia ICT.Beliau juga aktif dalam aktiviti sekolah, dan mahir berkomunikasi.Seterusnya beliau telah menjadi johan pelajar cemerlang daerah Muar dan negeri Johor 2018, johan pidato daerah Muar dan mewakili negeri Johor dalam peringkat Kebangsaan dan johan tarian peringkat daerah Muar 2018. Adik Nur Fariha Damia juga telah menyertai pertandingan FINCO 2022, pertandingan Digital Storytellling Animation 2023, dan pertandingan Story Telling 2023 dan choral speaking 2023. Beliau juga aktif dalam aktiviti sukan seperti bola jaring dan taekwando.