Nama : Setia bin Md Dom
Umur : 50 Tahun
Ahli : 2018
Latar belakang
Cik Setia Bin Md Dom merupakan seorang tenaga pengajar di Sekolah Agama Felcra Bukit Kepong, Beliau sudah mengajar lebih 20 tahun. Pembelajaran dan pengajaran terkini memerlukan kerja secara digital membuatkan beliau sering menggunakan NADI sebagai platform untuk menyiapkan segala urusan kerja beliau.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum penglibatan beliau dalam NADI, beliau menyatakan amat sukar untuk mencari bahan rujukan, dan kurang mahir dalam komputer dan ICT.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Melalui penglibatan Ustazah Setia Md Dom dalam program dan aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Raja Bukit Kepong, beliau dilihat semakin aktif dan berkeyakinan dalam penggunaan peralatan ICT. Kemudahan yang tersedia di NADI juga tidak disia-siakan dan dimanfaatkan sepenuhnya demi pengembangan dan pembangunan diri beliau. Dengan bantuan dan dorongan dari petugas NADI Kg Raja, Ustazah Setia Md Dom kini mampu memperolehi sesuatu informasi yang diperlukan dengan hanya menggunakan kemudahan yang disediakan selain kelas-kelas yang disertai yang mana menjadikan beliau seorang yang berketerampilan dan berkeyakinan tinggi di dalam dunia ICT.
Nama : Affifah Syahinda bin Shaharuddin
Umur : 12 Tahun
Ahli : 2017
Latar belakang
Affifah Syahinda Shaharuddin merupakan pelajar tahun 6 di sekolah Kebangsaan Bukit Kepong, Muar. Beliau merupakan anak ke-5 dari 6 adik beradik dan merupakan generasi masa kini yang terdedah dengan perkembangan teknologi ICT . Tidak dinafikan bahawa perkembangan dunia ICT masa kini banyak membantu generasi kanak-kanak dalam pelbagai aspek terutama di dalam pendidikan mahupun sosial. Justeru perkembangan dunia ICT ini dimanfaatkan oleh Affifah Syahindah terutamanya dalam pencarian maklumat-maklumat yang diperlukan dalam sesuatu tugasan persekolahannya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum penglibatan beliau dalam NADI, beliau menyatakan amat sukar untuk mencari bahan rujukan, dan kurang mahir dalam komputer dan ICT.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Melalui penglibatan Affifah Syahinda dalam program dan aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Raja Bukit Kepong, beliau dilihat semakin aktif dan berkeyakinan dalam penggunaan peralatan ICT. Kemudahan yang tersedia di NADI juga tidak disia-siakan dan dimanfaatkan sepenuhnya demi pengembangan dan pembangunan diri beliau. Dengan bantuan dan dorongan dari petugas NADI Kg Raja, adik Affifah Syahinda kini mampu memperolehi sesuatu informasi yang diperlukan dengan hanya menggunakan kemudahan yang disediakan selain kelas-kelas yang disertai yang mana menjadikan beliau seorang yang berketerampilan dan berkeyakinan tinggi di dalam dunia ICT.Beliau juga aktif dalam aktiviti sekolah, dan mahir berkomunikasi. Beliau juga diberi kepercyaan oleh pihak sekolah untuk menjadi penolong ketua pelajar bagi sesi 2023/2024. Adik Affifah Syahinda juga telah menyertai pertandingan FINCO 2022, dan johan hafazan peringkat daerah Muar 2023. Beliau juga aktif dalam aktiviti sukan seperti bola jaring dan taekwando.
Nama : Zaliah binti Ahmad
Umur : 57 Tahun
Ahli : 2016
Latar belakang
Puan Zalilah Binti Ahmad merupakan seorang ibu tunggal. Beliau mengusahakan perniagaan makanan kueh mueh dan ketupat palas hampir 11 tahun lebih. Beliau seorang yang gigih dan sentiasa mencuba sesuatu yang baru. Antara kueh mueh yang popular dijual oleh beliau ialah ketupat palas.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum melibatkan diri dalam sebarang aktiviti dan program yang dianjurkan PEDi, beliau hanya mempromosikan dari mulut ke mulut, dan kurang mendapat sambutan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Melalui aktiviti dan program anjuran PEDi Kampung Raja Bukit Kepong, Puan Zalilah mula mempelajari teknik dan peluang perniagaannya dengan kelas-kelas dan kursus-kursus serta program-program yang dianjurkan. Dengan bantuan bimbingan petugas PEDi, Puan Zalilah lebih aktif melakukan promosi di media sosial lain seperti Facebook dan Instagram. Beliau juga semakin bijak dalam berkomunikasi hasil dorongan dan ilmu yang diperolehi dari PEDi Raja Bukit Kepong.
Nama : Nur Fariha Damia Binti Muhamad Fadli
Umur : 11 Tahun
Ahli : 2018
Latar belakang
Nur Fariha Damia Binti Muhamad Fadli merupakan pelajar tahun 5 Sekolah Kebangsaan Bukit Kepong, Muar. Beliau merupakan anak sulong dari 3 adik beradik dan merupakan generasi masa kini yang terdedah dengan perkembangan teknologi ICT . Tidak dinafikan bahawa perkembangan dunia ICT masa kini banyak membantu generasi kanak-kanak dalam pelbagai aspek terutama di dalam pendidikan mahupun sosial. Justeru perkembangan dunia ICT ini dimanfaatkan oleh Nur Fariha Damia terutamanya dalam pembelajaran melalui online atau internet.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum penglibatan dan penggunaan ICT adik Nur Fariha Damia tidak mahir menggunakan komputer. Dan kurang kemahiran dari segi komunikasi.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Melalui penglibatan Nur Fariha Damia dalam program dan aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Raja Bukit Kepong, beliau dilihat semakin aktif dan berkeyakinan dalam penggunaan peralatan ICT. Kemudahan yang tersedia di PEDi juga tidak disia-siakan dan dimanfaatkan sepenuhnya demi pengembangan dan pembangunan diri beliau. Dengan bantuan dan dorongan dari petugas PEDi Kg Raja, adik Nur Fariha Damia kini mampu memperolehi sesuatu informasi yang diperlukan dengan hanya menggunakan kemudahan yang disediakan selain kelas-kelas yang disertai yang mana menjadikan beliau seorang yang berketerampilan dan berkeyakinan tinggi di dalam dunia ICT.Beliau juga aktif dalam aktiviti sekolah, dan mahir berkomunikasi.Seterusnya beliau telah menjadi johan pelajar cemerlang daerah Muar dan negeri Johor 2018, johan pidato daerah Muar dan mewakili negeri Johor dalam peringkat Kebangsaan dan johan tarian peringkat daerah Muar 2018. Adik Nur Fariha Damia juga telah menyertai pertandingan FINCO 2022, pertandingan Digital Storytellling Animation 2023, dan pertandingan Story Telling 2023 dan choral speaking 2023. Beliau juga aktif dalam aktiviti sukan seperti bola jaring dan taekwando.
Nama : Nur Ramizah Binti Zainal Abidin
Umur : 19 Tahun
Ahli : 2022
Latar belakang
Nur Ramizah Binti Zainal Abidin merupakan ahli Pusat Ekonomi Digital Kg Raja Bukit Kepong, beliau merupakan anak muda lepasan SPM. Beliau tidak menyambung pengajian selepas SPM kerana masalah kesihatan yang beliau hadapi, namun begitu beliau mempunyai sifat kekuatan untuk mempelajari ilmu digital di PEDi Kg Raja Bukit Kepong.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum berdaftar sebagai ahli PEDi, beliau mendaftar sebagai pelawat. Beliau juga tidak mahir menggunakan komputer dan beliau juga merupakan seorang yang pendiam.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Selepas mempelajari pelbagai kemahiran ICT dan kemahiran usahawan, beliau terus berminat mengikuti aktiviti-aktiviti yang pihak PEDi Kg Raja Bukit Kepong sediakan. Beliau juga menjadi seorang yang boleh berkomunikasi dengan komuniti setempat.