Nama : Md Hasahid bin Md Dom
Umur : 39 Tahun
Ahli : 03 Mei 2012
Latar Belakang
En. Md Hasahid Bin Md Dom merupakan anak jati Bukit Kepong, Muar. Beliau menjalankan kerja-kerja kampung seperti mengambil upah membaja dan memetik buah kelapa sawit sebagai punca pendapatan bagi menampung kos perbelanjaan harian beliau. Dengan cabaran ekonomi dan kos sara hidup yang kian meningkat, beliau membuat keputusan untuk menjalankan perniagaan secara persendirian yang mana dilihat mampu menangani kos sara hidup yang membelenggu dan mempunyai potensi untuk terus maju di masa akan datang. Bersesuaian dengan faktor lokasi dan kekuatan atas permintaan, beliau memilih untuk menjalankan perniagaan penghantaran dan servis gas ke rumah. Dengan itu beliau berusaha melakukan penyelidikan terhadap jenis perniagaan tersebut dan mendaftarkan perniagaan beliau dengan pengiktirafan yang diperolehi daripada KPDNKK dan pihak BOMBA.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Sebelum beliau melibatkan diri dengan penggunaan ICT dan rujukan daripada petugas PI, beliau mengalami sedikit kekangan dan kesukaran termasuk dari segi mendapatkan maklumat perniagaan dan cara mendaftarkan perniagaan terutama perniagaan yang melibatkan bahan api. Selain itu, beliau juga mengalami kesukaran yang dilihat pada teknik pemasaran yang bakal dilakukan.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Melalui latihan keusahawanan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh Petugas Pusat Internet Kg Raja Bukit Kepong, beliau berjaya menangani masalah yang dialami dan dapat menjalankan kajian terhadap jenis perniagaan yang dilakukan secara atas talian dan melakukan rujukan-rujukan tertentu dalam menambahbaik perniagaan yang dijalankan. Selain itu, beliau juga telah mempunyai saluran-saluran tertentu dalam memastikan promosi perniagaannya berjalan lancar melalui platfom media sosial seperti Facebook, Gmail, WhatsApp dan MyShop Dashboard Komuniti yang didedahkan secara berterusan kepada beliau.