Nama  : Muhamad Faiz Bin Abdullah
 Umur  : 13 Tahun
 Ahli  : 21 Mei 2018

 

Latar Belakang

Muhamad Faiz Bin Abdullah merupakan salah seorang anak didik PI Kg Raja Bukit Kepong yang dikatakan keciciran dalam pelajaran. Disebabkan factor taraf hidup dan ekonomi keluarga, Muhamad Faiz terpaksa mengorbankan pendidikannya dalam situasi memahami keadaan semasa keluarga. Walaupun demikian, Muhamad Faiz tidak melepaskan peluang yang tersedia melalui Pusat Internet dengan menghadiri setiap kelas dan kursus serta aktiviti yang dianjur dari masa ke semasa menjadikannya seorang yang gigih dalam bidang ICT.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Sebelum menggunakan kemudahan ICT di Pusat Internet, Muhamad Faiz dikatakan seorang yang agak murung dan ketinggalan di dalam arus perkembangan dan pembangunan pendidikan individu dan menjadikan Muhamad Faiz sebagai seorang yang tiada harapan serta ketinggalan dalam pelbagai aspek.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Melalui kemudahan ICT yang tersedia dan dorongan dari Pusat Internet  Kampung Raja Bukit Kepong, Muhamad Faiz terdedah kepada dunia pendidikan ICT secara keseluruhannya melalui kelas-kelas dan latihan-latihan serta kursus-kursus yang dianjurkan. Secara tidak langsung Muhamad Faiz telah menjalani satu proses transformasi dalam pembangunan diri dari seorang yang ketinggalan dari aspek pendidikan kepada seorang yang berkebolehan serta berketerampilan  di dalam bidang ICT.

MuhamadFaizAbdullah1  MuhamadFaizAbdullah2