Latar Belakang
Encik Rohaizad Md Ahad merupakan salah seorang penduduk Kampung Raja Bukit Kepong yang tidak asing lagi dengan nama panggilan “Pomen”. Pemilik sebuah bengkel membaiki kereta ini juga merupakan seorang yang begitu aktif dikawasan Bukit Kepong dimana beliau juga merupakan salah seorang Ahli Jawatankuasa Kampung Raja Bukit Kepong selain Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Pagoh. Jawatan yang di sandang dalam pelbagai persatuan dan pertubuhan tertentu menjadikan beliau seorang yang sibuk dan ketandusan masa dalam memberikan tumpuan sepenuhnya kepada bengkel kereta miliknya.
Melalui kemudahan ICT yang meluas Encik Rohaizad telah menemui satu platform pemasaran yang berkesan untuk perniagaan membaiki kereta di bengkelnya. Dengan dorongan dan tunjuk ajar yang diperolehi dari sebarang aktiviti Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong yang disertai, ianya telah membuka peluang baru bagi Encik Rohaizad dalam mempromosikan perniagaannya dengan lebih cekap dan berkesan. Kemudahan yang tersedia di Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong digunakan sebagai salah satu medium yang membantunya dalam malakukan sebarang kajian dan carian berkenaan perniagaan yang dijalankan.