Nama | : Misridah Binti Ismail |
Umur | : 46 Tahun |
Ahli | : Tahun 2010 |
Latar Belakang
Puan Misridah Binti Ismail merupakan salah seorang penduduk Kampung Bukit Bendar Bukit Kepong yang menyerikan lagi industry kraftangan Bukit Kepong, Muar. Usahawan yang berusia 46 tahun ini merupakan seorang suri rumah sepenuh masa yang memanfaatkan masa terluangnya dengan hasil kraftangan bermutu tinggi dan berada di tempatnya yang tersendiri di dalam industry. Menekankan kualiti produk kraftangannya, kini Puan Misridah mula dikenali umum dan menerima tempahan dari pelbagai pihak.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Sebelum terlibat dengan aktiviti serta program-program anjuran Pusat Internet Kampung Raja, beliau hanya menjalankan aktiviti kraftangannya secara kecil-kecilan dan hanya sekadar memenuhi kehendak minatnya. Mengisi masa lapangnya sebagai hobi, Puan Misridah mula berjinak-jinak untuk memasarkan produk kraftangannya dengan masyarakat sekitar kampung hasil idea dan cadangan dari suami dan anak-anaknya.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Setelah melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti dan program yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong, Puan Misridah mula mengintai peluang-peluang perniagaan produk kraftangannya dengan lebih meluas melalui sokongan dan dorongan Pusat Internet Kampung Raja. Tunjuk ajar yang diberikan oleh petugas Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong banyak membantunya dari segi promosi dan pemasaran selain pengurusan perniagaannya dengan lebih cekap dan berkesan melalui kelas-kelas dan kursus-kursus yang dianjurkan.