Makanan yang popular di Bukit Kepong

Ikan Baung

Bukit Kepong bukan sahaja terkenal dengan sejarahnya tetapi dari segi makanan Bukit Kepong sangat terkenal dengan ikan sungainya. Ikan Baung atau nama saintifiknya “Bagridae” dikatakan hanya boleh didapati di beberapa kawasan di Bukit Kepong dan Segamat. Masakan lemak cili api, asam rebus mahupun asam pedas sangat sedap dan lazat tanpa ada bau hanyir. Baung Bukit Kepong ini turut digemari orang kenamaan antaranya beberapa kerabat istana johor, para pemimpin parti politik dan kerajaan negeri. Antara tempat yang boleh dikunjungi untuk menikmati keenakkan masakan yang berasaskan ikan baung ini ialah “kedai makan Asiah Ismail di Kg Durian Chondong” dan “kedai makan Rosli di Pekan Bukit Kepong”. Ternyata keaslian dan keenakkan masakan berasaskan ikan baung ini digambarkan dengan kehadiran pengunjung-pengunjung ke kedai makan tersebut tanpa mengira hari bekerja mahupun pada hujung minggu.