IKAN PATIN 

Masakan ikan patin Durian Chondong memang sangat terkenal di daerah muar mahupun ledang, malah keenakannya sudah ramai memikat penggemar ikan air tawar ini di serata pelusuk negara contonya pelanggan dari England, Jepun dan China. Tidak sah bagi pengunjung-pengunjung yang melawati tempat-tempat menarik di Bukit Kepong sekiranya melepaskan peluang merasainya sendiri masakan ikan patin yang segar dari sungai itu.

 

Keenakkannya boleh dirasai melalui kombinasi rempah yang digunakan dalam proses penyediaannya dan juga kemanisan daging ikan patinnya serta tiada rasa hanyir membuatkannya begitu amat sedap sekali.

 Di kedai makan tersebut, peniaga meraikan kehadiran pengunjung-pengunjung dengan masakan menu utamanya iaitu Patin Pais, Patin Stim, Patin Fillet Goreng, Ayam Ungkep, Udang Galah, Sotong goreng tepung, dan masakan sayur pucuk paku.