Menurut sumber yang diperolehi daripada orang tua-tua, penempatan awal di Kampung Raja berlaku pada sekitar akhir tahun 1955. Pada asalnya, penduduk Kampung Raja datangnya dari Kampung Tui. Sebelum wujudnya penempatan di Kampung Tui, kawasan penempatan tersebut diduduki oleh tentera komunis.

Penghijrahan seramai 27 buah keluarga di Kampung Raja disebabkan sering berlakunya banjir besar di kawasan kediaman mereka. Oleh yang demikian, mereka telah membuat permohonan kepada Penghulu Ali Mustafa untuk memohon penempatan baru dan akhirnya permohonan mereka telah diluluskan atas jasa baik Maharaja Johor memberi satu penempatan baru kepada mereka.

Proses mengukur dijalankan untuk dibahagikan kepada 27 buah keluarga. Kerajaan Negeri Johor telah memberi peruntukan sebanyak RM350.00 untuk mendirikan rumah serta sumbangan lain iaitu RM15.00 kepada orang dewasa dan RM7.50 kepada  kanak-kanak selama tiga bulan.

Sebelum penempatam mereka diberi nama, penempatan itu dikenali dengan nama “OH HAK”. Nama tersebut diambil kerana kawasan tersebut pernah diduduki oleh tentera komunis yang kebanyakkan penduduk kampung memanggil mereka dengan nama Oh Hak.

Penghulu Hj Mit telah menggantikan Penghulu Ali Mustafa untuk merasmikan dan nama penempatan tersebut sebagai “Kampung Bukit Senyum”. Sebelum nama Kampung Bukit Senyum diberikan, pada penghujung tahun 1956, penduduk kampung telah berbincang sesama sendiri dan telah sepakat memberi nama penempatan mereka dengan nama “KAMPUNG RAJA” sempena pemberian tanah penempatan tersebut daripada Maharaja Johor.

Oleh yang demikian, nama Kampung Raja lebih dikenali dengan nama Kampung Bukit Senyum dan akhirnya nama Kampung Raja kekal sehingga hari ini.