Memenuhi keperluan dan keselesaan di sesuatu kawasan penempatan, Mukim Bukit Kepong juga tersedia dengan kemudahan infrastrukturnya tersendiri baik untuk sektor pendidikan, kesihatan, ekonomi mahupun sosial. Kemudahan infrastruktur ini disediakan oleh kerajaan melalui program peningkatan tahap sosio-ekonomi serta budaya di sesuatu kawasan.