Tarikh | : 19 Oktober 2019 |
Masa | : 3.00 Petang - 5.00 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Pelajar Tabika KEMAS & Sekolah Rendah |
Tujuan
Kelas E-Pembelajaran ini dijalankan bertujuan mengasah dan menambahbaik teknik pembelajaran pelajar secara atas talian serta melatih para pelajar menggunakan laman pendidikan berkualiti tertentu seperti Lingohut.com dalam menambahbaik kualiti pendidikan dan pembelajaran Bahasa Inggeris para pelajar.
Aktiviti
Sebagai permulaan, para pelajar diperkenal dan didedahkan kepada kempen berterusan Avokasi Klik Dengan Bijak (KDB) melalui modul Online Grooming dan contoh-contoh kes yang berlaku di Malaysia. Seterusnya para pelajar didedahkan kepada suatu laman web pendidikan yang berkualiti iaitu Lingohut.com yang dilihat sangat berpotensi bagi membantu tahap pembelajaran kanak-kanak khususnya dalam matapelajaran Bahasa Inggeris. Para pelajar diperkenalkan kepada segmen-segmen tertentu yang mana menuntut para pelajar menjawab persoalan-persoalan berbentuk terjemahan sesuatu perkataan dan ayat di dalam Bahasa Malaysia. Melalui pembelajaran ini juga, keterampilan para pelajar akan dinilai berdasarkan segmen pendengaran, kefahaman, ejaan dan sebagainya. Model pembelajaran berteraskan audio dan visual animasi menjadikan suasana pembelajaran yang ceria dan menarik minat para pelajar.