Program Mini Dashboard Dan Advokasi Komuniti Bukit Kepong 2016 

Program Mini Dashboard  ini diadakan bertujuan untuk memperkenal dan menghebahkan kepada seluruh masyarakat terutamanya kepada warga setempat mengenai kemudahan aplikasi Dashboard yang disediakan menerusi program Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia (SKMM) serta Telekom Malaysia™ melalui MSD Intelligence Sendirian Berhad.  Aplikasi mudah alih Dashboard Komuniti ini dibangunkan untuk menyediakan hubungan antara komuniti dan PI1M kepada rangkaian yang lebih mudah dan hanya dihujung jari sahaja.